Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekumpulan pelampau Yahudi dari penempatan haram Yitzhar melepaskan beberapa das tembakan ke udara di luar dua buah sekolah Palestin di Tebing Barat, semalam.
Agensi berita Wafa melaporkan, pada masa sekumpulan lagi pelampau Yahudi yang diiringi pasukan keselamatan Israel merusuh di pintu masuk perkampungan Al-Lubban Al-Sharqiya di selatan Nablus.
Tambah laporan itu, bunyi tembakan tersebut mencetuskan panik dalam kalangan pelajar dan guru di kedua-dua sekolah terbabit.
Ia memaksa mereka meninggalkan kawasan sekolah untuk mencari perlindungan di kawasan lebih selamat.
"Mereka datang untuk membuat kacau dan salah seorang daripada pelampau Yahudi itu telah melepaskan tembakan bagi menakut-nakutkan pelajar," kata pengetua salah sebuah sekolah terlibat, Ibrahim Emran.
Kata Emran lagi, pelampau terbabit turut menyerang beberapa kediaman penduduk Palestin yang terletak berhampiran sekolah tersebut. - Agensi
17 Disember 2018 - 16:03
News ID: 920991
Sekumpulan pelampau Yahudi dari penempatan haram Yitzhar melepaskan beberapa das tembakan ke udara di luar dua buah sekolah Palestin di Tebing Barat, semalam.